Panduan Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura

Panduan mencari kerja dan bekerja di Singapura
Panduan mencari kerja dan bekerja di Singapore

Bagaimana Mendapat Gaji 3X Ganda Lebih Besar Dan Jimat Ribuan Ringgit Tanpa Perlu Membayar Khidmat Agen Untuk Bekerja Di Singapura

Buat masa ini, kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar --> inggit Malaysia  ialah sekitar 1SGD = RM3.10.

Itulah sebabnya anda mampu mendapatkan gaji 3X ganda lebih besar apabila anda bekerja di Singapura.

Sebagai contoh, gaji yang ditawarkan sebagai tukang cuci adalah dalam lingkungan $1500.... jika ditukarkan kepada matawang RM, ianya berjumlah RM4500.

Kerja Tukang Cuci sahaja, tapi.. gaji RM4,500 ??


Itu baru kerja-kerja yang tidak berkemahiran (unskilled).

Kerja-kerja yang berkemahiran dan yang memerlukan  sijil (minima SPM) pula, gajinya adalah lebih tinggi dan lumayan. Jika anda bekerja kilang sahaja pun dan mempunyai sijil SPM, kadar gaji yang boleh anda perolehi ialah sekitar SGD2,000 = RM6,000.

Ianya sangat lumayan!

Sebab itulah, kalau kita lihat orang-orang yang bekerja di singapura, dalam masa 1 atau 2 tahun bekerja, mereka sudah mampu untuk langsaikan hutang PTPTN, beli kereta tunai, dan ada juga yang berjaya menyimpan puluhan ribu ringgit. Wang tersebut, ada yang digunakan untuk belanja kahwin ataupun dijadikan  modal untuk memulakan perniagaan dan juga pelaburan.

Jika anda pergi ke Johor Bahru, anda boleh lihat sendiri, ramai anak-anak muda di awal usia 20an, sudahpun memandu motorsikal berkuasa tinggi Ducati yang berharga sekitar RM80,000. Ianya adalah fenomena biasa.

Gaji Tinggi, Tapi Kos Sara Hidup Pun Tinggi

Jika anda bekerja dan tinggal menetap di Singapura.. Ya! Kos sara hidup disana bukan sahaja tinggi .. Malahan.. SANGAT TINGGI!

Sebab itulah, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, mengambil keputusan untuk tinggal menetap di Johor Bahru! Malahan, ada juga rakyat Singapura yang turut menetap di JB (banyak rumah-rumah di JB di beli oleh rakyat Singapura). Dengan cara ini, kos sara hidup mereka adalah pada kadar biasa seperti rakyat Malaysia yang lain, tetapi gaji mereka sangat tinggi, sebab gaji yang mereka terima adalah di dalam matawang Dolar Singapura..

Jauh Nak Pergi Kerja

Tahukah anda! Jarak antara Singapura dan Johor Bahru.. hanyalah sekitar 1km sahaja.

Orang yang tinggal di Seremban dan pergi bekerja di Kuala Lumpur setiap hari (sekitar 70km).... jarak perjalanan mereka sebenarnya lebih jauh berbanding orang yang bekerja di Singapura dan tinggal di JB! (sekitar 20km).

Jadi, ianya bukanlah perkara asing dan pelik untuk bekerja di Singapura dan tinggal menetap di Johor Bahru.

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM30 untuk pulang semula ke Malaysia. :)

4. Sah Dan Kurang Risiko

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

Panduan Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura

>> Di dalam ebook ini ada panduan yang lengkap dari A to Z bagaimana mencari kerja dan bekerja di Singapura <<

Dari mula tentang bagaimana mencari kerja? Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan? Bagaimana untuk masuk ke Singapura? Nak bawak kereta atau motorsikal? Di mana mahu tidur dan bermalam sebelum dan selepas mendapat kerja? Bagaimana pembayaran gaji? Permit Kerja? Makan macam mana? Solat? Telefon? Bahasa? dan bermacam-macam lagi info yang padat dan penting yang pastinya akan dapat membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bekerja di Singapura!

Terdapat 5 Bab Utama di dalam ebook ini. Berikut adalah bab-bab yang terkandung di dalam ebook ini.

BAB 1 : STRATEGI MENCARI KERJA

Ya! Untuk mencari kerja, kita perlukan strategi. Di dalam bab ini ada ditunjukkan bagaimana anda boleh mencari peluang kerja kosong di singapura hanya secara online sahaja. Ada 5 website utama yang boleh anda gunakan.

Terdapat beribu peluang pekerjaan yang akan anda jumpai. Anda boleh lihat sendiri, berapakah gaji yang ditawarkan dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon. Anda boleh pilih kerja apa yang anda mahukan.

Disini sahaja, anda sudah jimat masa dan beribu ringgit berbanding jika anda terus ke singapura untuk mencari kerja atau menggunakan khidmat agen untuk mencarikan kerja untuk anda.

BAB 2 : DOKUMEN-DOKUMEN PENTING

Ini bab yang sangat penting. Anda perlu tahu, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda mencari kerja dan untuk anda masuk ke Singapura.

Undang-undang di Singapura agak ketat. Jika anda tercicir salah satu dokumen ini, anda mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura dan mungkin tidak akan diterima bekerja.

Malahan, sesetengah dokumen, mereka mahukan dokumen yang ASAL. Dokumen fotostat mereka tidak layan.

BAB 3 : PENGANGKUTAN

Ada beberapa cara anda boleh memasuki Singapura. Sama ada menggunakan kereta, motosikal atau bas. Setiap satu cara diterangkan di dalam bab ini.

Pengangkutan untuk bergerak di dalam Singapura juga turut diterangkan di dalam bab ini.

BAB 4 : TEMPAT PENGINAPAN

Jika anda sememangnya tinggal di Johor Bahru bersama keluarga, ini mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi, bagi yang bukan berasal dari Johor Bahru. Anda perlukan tempat menginap sama ada sebelum mendapat kerja ataupun selepas mendapat kerja.

Jadi, dimanakah anda perlu menginap? Di dalam bab ini ada dicadangkan tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah. Sesuai untuk penginapan sementara apabila anda sampai di Johor Bahru.

Malahan, ada ditunjukkan juga cara-cara untuk anda mencari tempat tinggal yang tetap selepas anda mendapat pekerjaan di Singapura.

BAB 5 : HAL-HAL PENTING YANG LAIN

Di dalam bab ini, ada keterangan berkenaan hal-hal penting lain yang perlu anda tahu jika anda mahu bekerja di Singapura.
  • Apakah prosedur yang perlu anda lalui?
  • Perihal tentang gaji?
  • Siapa yang perlu membayar kos levi/permit kerja?
  • Bagaimana waktu bekerja di Singapura?
  • Bagaimana untuk solat? Adakah ruang solat disediakan?
  • Dimana untuk dapatkan makanan yang sedap dan murah?
  • Bagaimana pula dengan penggunaan telefon?
  • Apakah bahasa yang digunakan? Perlukah fasih berbahasa inggeris?

Semua persoalan diatas, akan terjawab di dalam bab ini.

MAAF! Bukan Semua Orang Sesuai Bekerja Di Singapura

Walaupun bekerja di Singapura ini nampak glamour dan berpendapatan besar, namun, ianya bukanlah sesuai untuk semua orang. Ini kerana, suasana kerja dan persekitaran di Singapura adalah berbeza dari Malaysia.

Jika anda mempunyai ciri-ciri dibawah, anda tidak digalakkan untuk mendapatkan ebook ini dan tidak digalakkan mencari kerja di Singapura.

  • MANJA. Jika anda seorang yang manja dan tidak tahu berdikari. Sentiasa mengharapkan orang lain melakukkan semua perkara untuk anda. Anda tidak di galakkan untuk bekerja di Singapura.
  • TIDAK SABAR DAN TIDAK TAHAN TEKANAN. Bekerja di Singapura memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Jika anda seorang yang tidak penyabar, tidak tahan dengan tekanan, panas baran dan mudah melenting. Bekerja di Singapura tidak sesuai untuk anda.
  • TIDAK MENEPATI WAKTU. Suka datang lambat dan suka buat perangai "janji melayu"? Anda tidak layak untuk bekerja di Singapura.
  • BLACKLISTED. Jika anda termasuk dalam senarai hitam akibat hutang PTPTN atau hutang-hutang lain, serta termasuk dalam senarai individu yang tidak dibenarkan ke luar negara. Maka anda juga tidak boleh bekerja di Singapura.
  • BERUMUR LEBIH DARI 58 TAHUN. Ini adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Ministry Of Manpower , Singapura (MOM) , rakyat Malaysia yang baru hendak memohon kerja di Singapura mestilah berumur tidak lebih dari 58 tahun.

Jika anda tidak mempunyai ciri-ciri diatas, maka.. TAHNIAH! Anda mempunyai peluang yang cerah untuk beroleh pendapatan yang lumayan dengan bekerja di Singapura. Anda boleh dapatkan ebook ini sekarang dan mulakan hidup baru anda.

Soalan Lazim Tentang Kerja Di Singapura

Pastinya anda ada banyak persoalan lagi yang sedang bermain di fikiran anda tentang bekerja di Singapura. Baiklah, untuk tidak menghampakan anda, disini disenaraikan soalan-soalan yang kerap diterima beserta jawapannya.

S : Saya tiada apa-apa sijil, bolehkah bekerja di Singapura?
J : Ya Boleh! Ada banyak kerja yang ditawarkan tanpa memerlukan sebarang sijil dan pengalaman. Gaji permulaanya pula sekitar SDG 1,000. Tetapi jika anda mempunyai sijil SPM, gaji permulaan yang boleh anda perolehi adalah jauh lebih tinggi.

S : Saya tak pandai berbahasa inggeris, boleh ke kerja di Singapura?
J : Jika anda fasih berbahasa inggeris, ianya adalah satu kelebihan buat anda. Tetapi jika tidak, tidak mengapa. Anda boleh belajar bahasa tersebut secara beransur-ansur. Malahan, ada sesetengah posisi kerja, tidak memerlukan anda berinteraksi dengan ramai orang. Tambahan lagi, bahasa inggeris yang digunakan di Singapura sebenarnya adalah lebih mudah dan ringkas yang mana, lebih dikenali sebagai Singlish.... "Don't worry lah.. sure can mah!"

S : Kerja apa je yang ada kat Singapura tu?
J : Ada macam-macam kerja, dari tukang cuci pinggan, mat despatch, operator kilang, baristar, eksekutif, engineer dan pelbagai lagi jawatan kosong. Pendek kata, semua kerja insyallah ada. Cuma.... adakah anda layak atau tidak sahaja.. :)

S : Berapa kos untuk buat permit kerja?
J : Anda tidak perlu risau tentang kos membuat permit. Proses membuat permit adalah merupakan tanggungjawab majikan. Bahkan, kos tersebut akan ditanggung oleh pihak majikan sepenuhnya. Tiada bayaran akan ditolak dari gaji anda. Ini adalah peraturan dalam undang-undang buruh di Singapura.

S : Boleh ke cari kerja sendiri tanpa guna khidmat agensi?
J : Ya! Sudah pastinya boleh! Di dalam ebook ini saya tunjukkan bagaimana anda boleh mencari kerja sendiri di Singapura tanpa menggunakan khidmat agensi!

S : Kalau saya tetap nak guna khidmat agensi? Macam mana? Berapa kosnya?
J : Boleh juga! Tiada masalah. Terpulang kepada anda. Kos khidmat agensi selalunya adalah 1 bulan gaji yang anda perolehi. Jika anda perolehi gaji SGD2,000 = RM6,200 sebulan, maka itulah kos yang perlu anda bayar kepada pihak agensi. Biasanya mereka akan ambil bayaran tersebut dengan cara memotong wang gaji anda untuk tempoh 2-3 bulan.

Bagaimana? Sudah bersedia untuk memulakan hidup baru yang lebih mencabar dan mengujakan?

Klik di sini untuk mendapatkan info yang lebih lengkap tentang cara mencari kerja dan bekerja di Singapura.

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan