Bagaimana Buat Duit Dengan Rumah Lelong?
Izinkan Saya Share Pengalaman Saya Selama Lebih 20 Tahun
Jana Untung Puluhan Ribu Dengan Rumah Lelong!
Assalammualaikum & salam sejahtera kepada Bakal-bakal Pelabur Hartanah Yang Dihormati…!
Nama Saya Tarmizi Jusoh!
Saya merupakan seorang peguam dan juga pelabur hartanah!
Sejak 20 tahun yang lalu, saya telah mengendalikan beribu
kes berkaitan hartanah. Kebanyakkannya, berkaitan hartanah lelong. Dari kes-kes
tersebut, saya dapat mellihat banyak masalah dan peluang berkaitan hartanah
lelong.
Jadi, izinkan saya berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman
saya berkenaan hal ini.
Tahukah Anda?
Salah satu teknik mudah untuk menjana keuntungan menerusi
pelaburan hartanah, adalah dengan..
- Langkah 1 : Membeli hartanah dibawah harga pasaran,
- Langkah 2 : Ubahsuai dan perbaikinya..
- Langkah 3 : Sewakan atau jualkannya dengan harga yang lebih tinggi!”
Dalam masa beberapa bulan, anda mampu untuk menjana
keuntungan beribu-ribu ringgit, malah tidak mustahil juga, berpuluh-puluh ribu
ringgit! Teknik ini nampak mudah bukan? Semudah 1, 2,3……
Tapi…. MAAF! Saya terpaksa berterus-terang dengan anda
disini!….
Walaupun hasilnya sangat lumayan…. TETAPI, Ianya bukan
semudah yang disangka! Ianya melibatkan risiko yang besar! Silap langkah!..Anda
mungkin terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit, malah mungkin juga
mencecah sehinga berpuluh-puluh ribu ringgit!
Untung Besar, Risiko Pun Besar
Ini adalah hakikat di dalam dunia pelaburan! Tiada siapa
yang boleh menafikannya!…Pelaburan yang memberikan keuntungan kecil, risikonya
adalah kecil, manakala pelaburan yang memberikan keuntungan yang besar, maka
risikonya pun adalah besar!
Namun begitu, RISIKO ini sebenarnya boleh dikurangkan!
Bercakap tentang RISIKO, saya gemar merujuk kepada kata-kata
dari Pelabur Terkaya di dunia! iaitu Warren Buffett. Kata beliau…
“Risk comes from not knowing what you’re doing.”
Bermaksud… “Risiko datang apabila anda tidak tahu apa yang
anda lakukan!”. Disebabkan itulah, jika anda ingin melakukan sesuatu seperti
menceburi bidang pelaburan hartanah yang lumayan ini! Anda perlulah terlebih
dahulu belajar, menuntut ilmu dan membuat persediaan sebaik mungkin sebelum
melakukannya. Dengan mengetahui apa yang anda lakukan.. kadar RISIKO dapat
dikurangkan!
Salah satu cara untuk mengurangkan risiko tersebut.. adalah
belajar daripada orang-orang yang pernah melakukannya. Ehem! ehem!… seperti
saya..
Belajar Dari Pengalaman Saya!
Terus-terang saya katakan, jika anda ingin belajar dari saya
secara “face to face”… saya sememangnya tidak mempunyai banyak masa untuk
melakukannya. Sebagai seorang peguam hartanah, banyak perlu saya uruskan.
Banyak kes-kes berkaitan hartanah lelong yang telah saya kendalikan, dari
masalah pembeli gagal menjelaskan bayaran baki hartanah lelong yang dibeli,
hinggalah kepada kes “bekas tuan rumah” yang tidak mahu keluar dari rumahnya
yang telah dilelong.
Dari pengalaman-pengalaman ini jugalah, saya mula belajar
tentang selok-belok pelaburan hartanah lelong… Berapakah keuntungan yang boleh
diperolehi? Apa masalah yang mungkin dihadapi? Bagaimana untuk
menyelesaikannya? Apa prosedur untuk melakukannya?… dan banyak lagi.. perkara
ini telah membuka mata saya dan akhirnya, menyebabkan diri saya turut
menceburkan diri ke dalamnya.
Cara Mudah Mempelajari Pengalaman Orang Lain..
Untuk memudahkan anda mempelajari tentang selok-belok
pelaburan hartanah lelong, dan sekaligus menurunkan RISIKO kerugian. Saya telah
mencuri-curi masa saya untuk menulis sebuah ebook mengenainya!.
Di dalam ebook ini, saya berkongsikan pengalaman saya dan
juga pengalaman pelanggan-pelanggan saya di dalam bidang hartanah selama
20 tahun ini.
Makluman :
Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic
book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila
anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download
ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau
di POS ke alamat rumah anda.
Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?
Inilah satu-satunya ebook yang akan memberikan anda panduan
lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana
keuntungan darinya. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini
ialah:-
Bab 1: Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong.
6 Sebab mengapa melabur di dalam hartanah lelong adalah
lebih baik dari pelaburan yang lain.
Bab 2: Sebab-sebab Hartanah Dilelong.
5 Sebab mengapa sesuatu hartanah di lelong.
Bab 3: Persediaan Awal Sebelum Melabur.
7 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menceburkan
diri di dalam dunia pelaburan hartanah lelong, serta ketahui orang-orang yang
terlibat yang perlu anda dekati untuk memastikan kejayaan anda di dalam
pelaburan hartanah ini.
Bab 4: Modal Memulakan Pelaburan Hartanah
7 sumber yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan modal
permulaan anda di dalam pelaburan hartanah.
Bab 5: Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong
Sangat penting untuk anda mengetahui jenis serta ciri-ciri
hartanah lelong yang ingin anda beli, silap beli, anda akan kerugian
berpuluh-puluh ribu ringgit.
Bab 6 : Jenis-jenis Lelongan
Ada 3 jenis lelongan yang perlu anda ketahui sebelum anda
menyertai mana-mana majlis lelongan!
Bab 7 : Perbezaan Hartanah Hak Milik Kekal & Pajakan!
Ketahui dengan jelas, apakah beza hak milik kekal dan hak
milik pajakan bagi sesuatu hartanah!
Bab 8 : Dimana Nak Beli Hartanah Lelong?
Hah! Dah ada modal! dah tahu jenis hartanah, jenis lelong
dan status pemilikan! Sekarang.. masa untuk memburu hartanah lelong pula! Tapi…
nak memburu kat mana? Dalam bab ini didedahkan 6 lubuk hartanah lelong!
Bab 9: Membeli Hartanah Pra-lelongan
Sebenarnya anda boleh mendapatkan sesebuah hartanah lelong
itu sebelum ianya di lelong lagi. Kaedah ini sebenarnya lebih power dan
berbaloi dari membeli rumah lelong di majlis lelongan! Ketahui bagaimana cara
untuk mendapatkannya di bab ini.
Bab 10: Persedian Sebelum Tiba Hari Lelongan!
Sebelum tiba hari lelongan, ada 5 perkara yang perlu anda
selesaikan terlebih dahulu agar anda tidak tersilap langkah dan menanggung
kerugian berpuluh atau beratus ribu! Ini adalah bab yang paling kritikal dan
perlu anda ketahui sebelum masuk mana-mana majlis lelongan!
Bab 11 : Membida Di Hari Lelongan
6 Tips yang boleh
anda amalkan sewaktu berada di majlis lelongan!
Tips ini amat penting agar anda tidak “dimainkan” oleh
otai-otai lelong yang lain!
Bab 12: Membeli Hartanah Pasca Lelongan
Tidak ramai yang mengetahui kaedah ini, anda masih boleh
membeli rumah lelong walaupun selepas hari lelongan diadakan. Tekniknya ada
diterangkan disini.
Bab 13: Mendapatkan Pembiayaan Bank
Apakah dokumen yang diperlukan? dan.. Bank apakah yang
memberikan kelulusan yang segera? Jawapannya di dalam bab ini.
Bab 14: Memohon Surat Kebenaran
Sesetengah rumah lelong memerlukan anda mendapatkan surat
kebenaran dari pihak berkuasa. Jangan melakukan kesilapan ini dan ketahui rumah
jenis apakah yang memerlukan surat kebenaran.
Bab 15: Ubahsuai Rumah
Apa yang perlu dilakukan setelah anda berjaya memperolehi
rumah lelong? Panduan berserta kos yang terlibat ditunjukkan di dalam bab ini.
Bab 16: 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong
Bukan hanya setakat jual atau sewakan, tetapi, ada banyak
lagi cara anda boleh menjana keuntungan dari rumah anda.
Bab 17 : Ringkasan Keseluruhan Langkah-Langkah Membeli Rumah
Lelong
Bab ini memberkan gambaran besar (big picture) bagaimana
proses dari mula anda hendak menceburkan diri dalam urusan membeli rumah
lelong, hinggalah kepada urusan memasuki rumah tersebut dan menyewakannya
kepada orang lain! Jika anda kekurangan masa, membaca bab ini sahaja sudah
cukup memberikan gambaran kasar keseluruhan proses membeli rumah lelong!
Bab 18 : 10 Kesilapan Dahsyat Pembeli Hartanah Lelong!
Bab ini juga sangat penting!
Dengan membaca bab ini sahaja, ianya mampu menyelamatkan puluhan ribu
wang anda! Sebab, dalam bab ini, saya kongsikan real case kesilapan-kesilapan
yang pernah dilakukan oleh client saya sewaktu membeli hartanah lelong!
Berapakah Nilai Ilmu Dan Pengajaran Di Dalam Ebook Ini?
Ebook ini bukan sahaja mengandungi panduan serta
langkah-langkah yang menunjukkan kepada anda “Bagaimana Membeli Hartanah
Lelong?”.
Tetapi, ianya turut mengandungi pengalaman sebenar saya dan
juga pengalaman pelanggan-pelanggan saya yang menghadapi masalah ketika membeli
hartanah lelong! Ada banyak ilmu dan pengalaman yang boleh anda ambil sebagai
pengajaran untuk menjimatkan serta menyelamatkan diri anda dari kerugian
berpuluh ribu ringgit sewaktu ingin membeli hartanah lelong!
Ebook ini hanya berharga RM50 sahaja. Ianya terlalu murah
jika hendak dibandingkan dengan nilai ilmu serta pengalaman yang dimuatkan di
dalam ebook ini.
Dengan erti kata lain, ebook beharga RM 50 ini mampu
membantu anda mengelakkan diri daripada terperangkap ke dalam risiko kerugian
beribu-ribu ringgit. Jadi, lengkapkanlah ilmu di dada terlebih dahulu dengan
mendapatkan ebook ini sebelum anda memasuki mana-mana bidaan hartanah lelong !
Klik pada butang dibawah untuk mendapatkan ebook ini!
Dengan setiap pembelian ebook “Rahsia Rumah Lelong” ini,
saya sertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.
Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala
isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda ,
saya akan pulangkan wang RM50 anda.
Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!
Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas
hati, email kan sahaja kepada saya di admin@klikjer.com tentang rasa
ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.
Sebenarnya kan… Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda
memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko
pembelian anda, pihak saya yang akan tanggung.
Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan
sekarang!
Klik butang di
bawah untuk lakukan tempahan pakej ebook Rahsia Rumah Lelong ini pada harga
RM50 sahaja SEKARANG ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan